dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Sungai Lui, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Powerpoint (Slideshow Presentation)

06 Februari 2017 | Aktiviti Terkini

Kelas Powerpoint ini diadakan sebagai pengenalan kepada warga muda Felda Sungai Lui untuk berjinak dengan aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan slideshow.

Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui selama 4 jam bermula dari pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Pelajar didedahkan dengan asas penggunaan Powerpoint seperti menghasilkan fail baru, memasukkan penerangan dan gambar , memilih animasi yang diingini, menghasilkan ‘link’ dan ‘button’ serta cara untuk menyimpan dan membuka kembali fail berkenaan.

Sebagai pengenalan kepada asas Powerpoint, pelajar diajar cara-cara untuk memasukkan gambar dan mengaplikasikan “link” untuk mendapatkan hasil dan kesan yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing. Melalui kelas ini, pelajar dapat mengenali aplikasi Powerpoint dan mendapat idea-idea asas untuk mengendalikan aplikasi tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.