Program Webinar NADI X Cybersecurity (Google Meet)_Sesi 10
16 Disember 2024 | Aktiviti Terkini15 Disember 2024 – NADI Felda Sungai Lui telah mengadakan Program Webinar NADI X CyberSecurity melalui pautan online Google Meet. Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah berlangsung di seluruh negara, MSD Alliance Sdn. Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program NADI x Cybersecurity. Salah satu Program di bawah NADI X Cybersecurity yang akan diadakan pada tahun ini adalah sesi webinar yang akan melibatkan peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah.
Tujuan utama Sesi Webinar NADI X Cybersecurity ini adalah untuk memberikan pendedahan asas Cybersecurity yang direka khusus untuk memperkasakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam Cybersecurity serta menjadi sesi pengenalan kepada program NADI X Cybersecurity.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: