Program Kempen Internet Selamat : Sekolah Kebangsaan Lui Timor

22 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

21 Ogos 2025 – Buat julung kalinya NADI Felda Sungai Lui telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di Sekolah Kebangsaan Lui Timor, Negeri Sembilan dengan kerjasama NADI Kluster Jempol Utara.

Kempen Internet Selamat (KIS) ini telah disertai oleh para pelajar tahap 2 SK Lui Timor. Kempen ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan keselamatan internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan internet.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana bersama menjayakan program Kempen Internet Selamat pada kali ini.

Tahniah kepada semua warga sekolah kerana telah menjadi AHLI NADI secara rasminya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali