PERTANDINGAN NADI E-SUKAN NEGERI SEMBILAN
27 April 2025 | Aktiviti Terkini26 April 2025 - NADI Felda Sungai Lui telah mengikuti Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) peringkat Negeri Sembilan, dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan bertempat di NADI Felda Sungai Lui. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada Program Pembelajaran Sepanjang Hayat: NADI X E-Sukan, yang bertujuan menyediakan laluan pendidikan alternatif yang menarik melalui E-Sukan. Selain memperbaiki kemahiran permainan, peserta juga akan mempelajari kemahiran kendiri yang penting untuk akademik dan kerjaya. Pada hari ini juga pelajar mengikuti kelas yang telah disediakan bagi memahami lebih lanjut tentang E-Sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: