Program Selepas Peperiksaan (Explorace Game) di SMA Dato HJ Mustapha
10 Januari 2025 | Aktiviti Terkini09 Januari 2025 - NADI Sungai Lui mendapat jemputan dari Sekolah Menengah Agama Dato Hj Mustapha untuk menyertai Program Selepas Peperiksaan (Explorace Game) bagi pelajar tingkatan empat. Program ini dijayakan bersama NADI Kluster Jempol Utara.
Program yang dijalankan bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar tingkatan empat selepas peperiksaan dengan melakukan aktiviti Explorace Game dan sekaligus memperkenalkan perkhidmatan yang dilakukan di NADI.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana menjemput pihak NADI untuk menjayakan program ini.
Tahniah kepada semua warga sekolah kerana telah menjadi AHLI NADI secara rasminya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: