PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI
8 September 2025 | Aktiviti Terkini7 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Sungai Lui telah menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 pada Ahad, 7 September 2025. Program ini bermula seawal jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah dan tahap glukosa secara percuma, pertandingan mewarna Merdeka, teka silangkata Merdeka, demo pembuatan Cup Cake, pertandingan Hias Cup Cake Tema Merdeka ,Tayangan Filem Merdeka - Warrior Awang & Master Tok Gajah sebagai penghayatan sejarah dan semangat patriotik & Hari Malaysia, serta pertandingan eSport Mobile Legends.Program ini turut dimeriahkan dengan sesi siaran langsung bersama YB Menteri Komunikasi.
Para pengunjung juga berpeluang menikmati juadah bertemakan tradisional yang disediakan. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti, di samping mempereratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: